Posts

Showing posts from April, 2019

#CHECKLIST: PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADHAN

Image
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan In shaa Allah, seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut bulan yang pernuh berkat iaitu, Ramadhan al Mubarak. Persoalannya: Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya kerana Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut jugalah Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentias...